Monday 21 November 2011

Perbezaan Rumah Melayu Negeri Sembilan dan Rumah Minangkabau







Perbezaan Motif Senibina.
Rumah Minangkabau, masyarakat Minangkabau biasanya menghias dengan dinding kayu, tiang, dan siling rumah gadang dengan motif kayu berukiran- ukiran timbul yang mencerminkan dan melambangkan adat mereka. Motif-motifnya terdiri dari reka bentuk pelbagai bunga berasaskan pada suatu struktur geometri bawah yang sederhana.  Motif-motif yang mirip pada tekstil tenunan songket Minangkabau, dengan warna-warna dianggap berasalnya dari China. Biasanya, motif-motif tidak menunjuk haiwan atau manusia dalam bentuk realistik, walaupun sesetengah mewakili haiwan, manusia, atau aktiviti atau kelakuan mereka. Motif-motif ini berasaskan pada konsep ilmu keindahan (aesthetics ) Minangkabau, yang mana sebahagian dari pandangan Alam Minangkabau mereka yang jelasannya sentiasa berasas pada alam semula jadi. Suatu aforisme adat terkenal berkata, 'alam adalah guru kita’.Manakala Rumah Melayu Tradisional Negeri Sembilan mempunyai daya tarikan yang tersendiri dimana setiap binana dan struktur asas rumah seperti tiang, bumbung, bendul, tingkap dan tangganya dikatakan dibina dengan mewakili pelbagai maksud yang tersendiri. Senibina rumah berkenaan sering dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat melayu dan hubungan mereka yang sangaat erat dengan alam sekitar dan terdapat juga tulisan-tulisan khat.


Perbezaan Konsep ruang serambi   
Rumah minangkabau  pula tiada langsung konsep serambi, khususnya rumah adat  tiada mempunyai serambi. Ertinya, bila naik sahaja dari tangga, kita terus berada di dalam ruang rumah yang lapang tanpa apa-apa sekatan. Sedangkan, Rumah Melayu Negeri Sembilan , serambi panjang  dibahagian hadapan  rumah adalah satu kemestian . Ruang ini mengasingkan  hadapan rumah dengan bahagian  ibu rumah yang mesti didinding dan diberi sebuah pintu. Serambi mesti pula dibina lebih rendah dari lantai rumah ibu. Ini amat jelas dilihat, pada rumah melayu negeri Sembilan.

Perbezaan lantai rumah
Rumah Minangkabau lantainya sama rata di mana-mana bahagian diistilahkan "seladang"(satu ladang). Ini mungkin sesuai dengan konsep hidup masyarakatnya “Berdiri sama tinggi duduk sama rendah”.Rumah Melayu Negeri Sembilan ada beberapa aras ,serambi lebih rendah dari rumah ibu, begitu juga lantai rumah dapur lebih rendah dari rumah ibu dan seterusnya lantai ruang dapur masak serta pelantar air semakin rendah arasnya.

Perbezaan letak tangga dan pintu.
Satu lagi perbezaan yang jelas ialah letak tangga dan pintu. Rumah Minangkabau semestinya berbentuk simetri,tangga hadapan semestinya terletak sama tengah bangunan,menjadikan bahagian kanan dan kiri rumah itusama ukur, seolah-olah melambangkan ketegasan.
Manakala Rumah Melayu Negeri Sembilan seolah-olah menjadi satu pantang larang meletakan pintu hadapan di tenggah-tenggah. Tangga dan pintu hadapan biasanya diletakan di sebelah pangkal  serambi atau sebelah hilir rumah, tidak boleh sama sekali bersetentang dengan pintu rumah ibu. 

3 comments:

  1. mohon copy dari makluman anda...terima kasih ya.. =)bagi kajian untuk subjek research method saya...tq...

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk informasi berguna ini :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk informasi nye,,boleh saya tau agak-agak rumah itu berapa orang boleh masuk,,,ada dalam 50-70 orang tak???

    ReplyDelete