Thursday, 24 November 2011

CIRI-CIRI RUMAH PANJANG




 
Ruai.
Ruai atau pantar atau tempuan ialah ruang terbuka yang berbumbung di sepanjang rumah panjang. Ketiga-tiga nama ini, secara umumnya ruang tersebut dipanggil ruai. Ruai ini berfungsi sebagai balai raya. Ruang di ruai itulah yang akan diadakan kegiatan seperti mesyuarat, perhimpunan, majlis kahwin, perbicaraan, pesta gawai dan majlis-majlis kerabat. Ruai juga dijadikan tempat istirehat, tempat kaum lelaki membuat kerja seperti anyaman, menjahit jala atau pukat, membuat bubu dan membersihkan alat-alat berburu. Kaum wanita pula menumbuk padi di ruai. Kanak-kanak pula selalunya akan bermain-main di kawasan ruai tersebut. 

 
Bilik keluarga
Bilik keluarga ini ialah sebagai ruang tamu dan bilik tidur. Bilik ini mempunyai perabot dan barang-barang kepunyaan keluarga. Keluarga yang berada meletakkan barang-barang antik sebagai hiasan bilik. Bilik juga ruang untuk wanita-wanita berbual-bual dan melayan tetamu wanita. Kaum lelaki tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik melainkan dalam kes-kes tertentu. Tetamu lelaki berpeluang masuk ke dalam bilik semasa waktu makan. Kaum perempuan juga membuat kerja-kerja anyaman dan tenunan di bahagian ini.

Ruang dapur, makan dan membasuh
Terdapat ruang untuk tempat bekalan air minuman atau tempat basuh pinggan-mangkuk. Di rumah panjang yang belum ada bekalan, maka air perlu diangkut dari sungai. Di samping itu, terdapat dapur kayu atau dapur gas yang diletakkan di ruang dapur dan ruang makan. Segala keperluan dapur dapat diletakkan di situ.
  
                                                          Plan Rumah



                                                       Ruang Rumah
 Sadau
Ruang sadau di tingkat kedua rumah panjang yang digunakan sebagai bilik dapur atau tempat menyimpan alat keperluan. Di satu sudut sadau terdapat bekalan padi yang disimpan dalam bekas khas yang diperbuat daripada kulit kayu. Terdapat juga sesetengah rumah panjang menjadikan ruang sadau sebagai bilik tamu ataupun bilik tidur. Tetapi pada masa dahulu, sadau dijadikan bilik orang perempuan kerana mementingkan keselamatan mereka. Hal ini kerana bimbang akan diserang oleh musuh. Lelaki akan tidur di tingkat bawah sebagai langkah berjaga-jaga.  

Tengkorak nenek moyang
Terdapat pelbagai barang pusaka yang disimpan di rumah panjang. Antaranya ialah tengkorak nenek moyang tidak ditanam. Sebaliknya, tengkorak tersebut akan dijaga dengan baik oleh waris serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Tengkorak-tengkorak tersebut dikumpulkan dan diikat seperti bentuk bola. Selain itu, ada juga sesetengah kaum Iban tidak mengikat tengkorak tersebut. Sebaliknya, mereka hanya menyangkut atau meletakkan tengkorak-tengkorak nenek moyang mereka di atas alang.





4 comments: